BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum tuan/puan,

saya nak bertanyakan soalan berkaitan dengan masalah pada diri saya ketika nak qada solat.saya harap pihak jabatan mufti selangor sudi menjawab soalan saya ni.

saya ada masalah air mazi/wadi keluar tak menentu.

tapi selalu nya bila nak solat saya cek memang akan keluar la .

saya akan melapikkan kemaluan dengan tisu setiap kali nak solat fardhu.

nak mengaji pon saya guna henfon je sebab tak pasti boleh ke tak pegang al quran dalam keadaan ni.

soalan saya,adakah saya kena bersihkan kemaluan dan tukar dengan tisu yang baru setiap kali saya nak qada solat? seperti mana saya buat setiap kali nak solat fardhu sekrang.

mohon pencerahan,puas dah cari kat google  tak jumpa jawapan.terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, air mazi atau air wadi yang keluar melalui kemaluan adalah najis dan ia membatalkan wuduk. Seandainya air mazi atau air wadi berterusan keluar hukumnya seperti orang yang mengalami masalah kencing yang tidak lawas atau salisul baul. Seandainya ini berlaku, dia dianggap sentiasa dalam keadaan berhadas atau disebut sebagai daim al-hadath. Kaedah serta hukum wuduk bagi sesiapa yang menghadapi masalah ini adalah seperi berikut:  

  • Membasuh dan membersihkan kemaluan daripada najis mazi atau wadi.
  • Menutup bahagian lubang kemaluan dengan kain, tisu atau sebagainya bagi menghalang air mazi atau air wadi daripada mengalir keluar.
  • Mengambil wuduk setelah masuk waktu solat.
  • Wuduk yang diambil hanya sah untuk satu waktu solat fardu dan beberapa solat sunat.

Kembali kepada soalan yang diutarakan, solat qada' bagi menggantikan solat fardu mengambil hukum yang sama, iaitu seperti menunaikan solat fardu. Oleh itu, untuk melakukan solat qada' selepas menunaikan solat fardu, tuan perlu membasuh kemaluan dari najis mazi atau wadi, mengganti kain atau tisu dan mengambil wuduk semula.

Walau bagaimanapun, sekiranya dapat diyakini bahawa air mazi atau air wadi tidak keluar, maka tuan boleh solat qada' seberapa banyak kali yang tuan kehendaki. Tuan boleh memastikan keluar atau tidak air mazi, sebelum dan selepas solat.  

Berhubung membaca dan memegang al-Quran, tuan boleh memegang dan membaca al-Quran selepas berwuduk walaupun didapati selepas daripada itu air mazi keluar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 182

message user image