Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, ibu saya didalam iddah diatas kematian bapa. Soalan saya, bolehkah ibu saya hadiri majlis nikah saya di negeri yang sama ketika tempoh iddah. Hanya hadiri nikah dan balik sejurus nikah tanpa hadiri majlis sanding. Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Ibu yang sedang dalam iddah kematian bapa tidak boleh menghadiri majlis pernikahan saudara, kerana tiada keperluan mendesak/ dharurah. Pernikahan tetap berjalan biarpun ketidakhadiran ibu. Sebagai alternatif saudara boleh membuat siaran langsung video untuk tontonan ibu bagi menyaksikan majlis pernikahan anak lelakinya. Dengan doa dan restu ibu mudah-mudahan majlis berjalan lancar dan kehidupan berumahtangga diberkati Allah SWT.
والله أعلم بالصواب