BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada beberapa soalan mengenai umrah. Jika tiada halangan, saya bakal menunaikan umrah dalam masa terdekat. Pada masa yang sama juga, saya mendapati bahawa saya akan kedatangan haid pada tarikh umrah saya. Saya bertemu dengan doktor dan dinasihati untuk makan ubat yang memberhentikan haid sementara pada hari pertama saya kedatangan haid. Soalan saya;

  1. Jika saya telah niat umrah bersyarat dan mendapati saya kedatangan haid sebelum menunaikan umrah, saya makan ubat akan tetapi ubat tidak berjaya memberhentikan haid saya. Adakah saya terus menjadi halal dan terlepas dari larangan ihram atau saya perlu menunggu (dan menjaga pantang larang ihram) sehingga saya dalam keadaan suci lalu segera menunaikan umrah jika sempat ditunaikan sebelum keluar dari Mekah?
  2. Jika saya telah niat umrah bersyarat dan mendapati saya kedatangan haid sebelum menunaikan umrah, saya makan ubat untuk memberhentikannya sementara lalu haid saya pun berhenti, saya pun mandi wajib untuk bersuci. Ketika saya mandi dan mengelap, rambut saya gugur. Adakah saya telah melanggar pantang larang ihram dan perlu membayar dam?


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Apabila puan telah niat ihram secara bersyarat, kesan yang berlaku bergantung kepada lafaz syarat yang dinyatakan. Sekiranya syarat itu mengatakan: "Jika aku haid maka halal lah aku", maka apabila datang haid, puan akan secara serta merta menjadi halal dan terlepas dari semua larangan umrah. Sekiranya syarat itu mengatakan: "Jika aku haid, maka aku bertahalul", maka puan tidak akan menjadi halal secara serta merta melainkan selepas bertahalul dengan cara bercukur atau mengunting rambut. 

2. Puan tidak dikenakan dam kerana pada ketika itu puan tidak berada di dalam keadaan berihram. 

والله أعلم بالصواب

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 394

message user image