BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, boleh tak saya ikut pendapat ulama yang mengatakan perbuatan menelan kahak ketika solat adalah sah walaupun saya ikut mazhab syafie.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan solat adalah sesuatu yang membatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Oleh itu, menelan sesuatu yang mempunyai zat seperti makanan, kahak dan sebagainya boleh membatalkan solat. Walau bagaimanapun, perlu dibezakan kahak yang membatalkan solat dan yang tidak membatalkan solat.

Menelan kahak yang telah keluar dari tekak ke bahagian zahir mulut, maka solatnya terbatal. Manakala menelan kahak yang masih berada di dalam tekak atau halkum dan ke dalam, maka ia tidak membatalkan solat. Disunatkan untuk membuang kahak tersebut pada tempat lain yang tidak mengotorkan tempat solat seperti pada poket sebelah kiri, sapu tangan, tisu dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 973

message user image