BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, terima kasih kerana menyediakan ruang ini untuk kami bertanya. Saya seorang perempuan yang sudah mempunyai kerjaya dan ingin mengahwini seorang lelaki bujang yang lebih muda 4 tahun tapi tidak tahu bagaimana untuk menyatakan hasrat tanpa membuka aib atau jalan zina. Saya tidak dapat menyuruh org tua ada sedara saya untuk menanyakan atas faktor kesihatan mereka. Jadi boleh ke saya whatsapp terus ke lelaki yang saya suka dan menyatakan niat saya?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan cik; secara asasnya wanita diharuskan untuk menyatakan hasrat untuk bertaaruf (berkenalan untuk tujuan berkahwin) kepada lelaki yang dilihatnya baik akhlak dan agamanya pada pandangannya untuk dijadikan sebagai calon suami. Hal ini sebagaimana terdapat dalam sirah Nabawi ketika Saidatina Khadijah RA menyatakan hasrat ingin bersuamikan Rasulullah SAW melalui Nafisah sebagai perantara. Begitu juga hadis lain di mana terdapat wanita yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW.  

Namun begitu, terdapat perkara paling utama yang perlu dilakukan sebelum proses ini iaitu seseorang hendaklah meminta petunjuk Allah SWT istikharah dan berbincang bersama wali atau ahli keluarga kerana perkahwinan merupakan suatu urusan besar yang akan mempengaruhi kehidupan seseorang.

Selain itu, dalam menyatakan hasrat ini wanita dinasihatkan untuk mencari orang tengah sama ada dalam kalangan ahli keluarga atau kenalan yang dikenali, boleh dipercayai atau orang yang kenal dengan peribadi lelaki tersebut. Hal ini kerana, bagi memastikan diri wanita itu terhindar daripada risiko fitnah, suasana dan pergaulan yang tidak baik terutama sekali jika lamaran tersebut tidak mendapat respon yang baik.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 104

message user image