BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assallammualaikum wbt, adakah talak jatuh bilamana seorang suami mengatakan "Taknak bersama" Mohon penjelasan. Saya meragui ayat ini. Mohon dapat balas dengan segera. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan “xnak bersama” merupakan lafaz kinayah yang merujuk kepada niat suami. Jika niat adalah bercerai maka jatuhla talak, namun sebaliknya maka tidak jatuh talak. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 95

message user image