Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya mempunyai pertanyaan tentang bersuci. Saya mempunyai aturan haid yang tetap, namun beberapa bulan ini kesihatan saya tidak baik. Haid datang macam biasa, cuma saya mempunyai pendarahan luar dari tempoh haid saya. Haid saya biasa 7 hari. dan saya mandi wajib macam biasa. namun ade sesetengah masa.
contoh minggu ini, hari Isnin ada terdapat pendarahan berlaku pada sebelah malam (9mlm), dan bila check esok pendarahan telah berhenti. Selang beberapa hari, contoh hari Khamis, berlaku lagi pendarahan sebelah siang (11pagi), dan bila check around 8malam, pendarahan telah berhenti. dan perkara ini agak berulang tiap2 minggu.
Persoalan saya. mandi wajib. Adakah setiap kali pendarahan (darah penyakit), yang tempoh pendek (setengah hari), saya perlu bersuci? dan solat di tinggalkan perlu qada? atau bagaimana. kerana saya bekerja. kadang2 subuh saya dlm keadaan suci, tiba2 darah keluar 12pm, so zohor saya konfius nak solat ke tak, walaupun itu bukan waktu haid saya.
saya harap tuan faham persoalan saya.
Terima kasih. Assalamualaikum.
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, seandainya darah itu keluar di dalan tempoh 15 hari (tempoh maksimum haid) dari tarikh awal haid, maka ia dianggap sebagai darah haid. Sebaliknya, jika darah itu keluar selepas tempoh maksimum haid, maka ia dianggap sebagai darah istihadhah. Seandainya ia darah istihadhah, puan diwajibkan untuk solat. Puan perlu menunggu masuk waktu solat untuk membersihkan darah, memakai tuala wanita dan berwuduk sebelum solat. Sekiranya dalam tempoh darah istihadhah puan tidak mendirikan solat, maka ia wajib diqada'
الله أعلم بالصواب