BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

 

Klu adik beradik kongsi bayar ansuran beli rumah utk mak ayah tinggal, tapi penama adalah nama adik. Jika mak ayah meninggal, adakah rumah tu di kira harta pusaka atau adik dapat hak sepenuhnya sbb guna nama dia dan atas alasan dia bayar ansuran yg lebih dari adik beradik lain ?

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dari segi syarak, pemilikan rumah tersebut kembali kepada persetujuan asal antara adik beradik ketika membeli rumah tersebut dengan meletakkan nama adik sebagai penama dan bersama-sama membayar ansuran bulanan. Seandainya di dalam persetujuan tersebut adik sebagai pemilik, maka rumah tersebut adalah milik adik. Namun seandainya nama adik diletak hanya sebagai syarat meletakkan nama, maka rumah tersebut adalah milik bersama antara adik-beradik yang sama-sama di dalam perjanjian itu.  

Walau bagaimanapun perlu diambil perhatian, dari segi undang-undang, pemilikan akan dilihat berdasarkan nama yang tertera di dalam geran rumah tersebut. 


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 125

message user image