BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ingat bertanya apakah hukum sekarang ini jika saya masih membuat kerja ehailing grab car kerana masih tiada kerja lain untuk dibuat.Saya bertanya soalan ini kerana sekarang ini masyarakat ramai memboikot grab kerana menyokong israel.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Boikot ekonomi merupakan suatu tindakan menzahirkan bantahan terhadap sesuatu perkara. Boikot digunakan sebagai antara strategi yang ampuh dan dilakukan secara meluas terutama ketika krisis Israel-Palestin yang berlaku sejak beberapa lama. Hukum boikot adalah harus pada asalnya, dan ia boleh berubah menjadi wajib jika yakin bahawa duit tersebut akan digunakan untuk membantu perkara maksiat termasuk membantu pihak musuh dalam memerangi umat Islam. Dalam isu syarikat ehailing, tidak dapat dibuktikan bahawa syarikat tersebut menggunakan wang tersebut untuk membantu pihak musuh secara jelas, maka terpulang kepada seseorang individu sama ada untuk melakukan boikot ataupun tidak.

Masyarakat perlu menilai kesannya terhadap diri dan keluarga khususnya melibatkan keperluan asasi seperti makan, minum, kesihatan dan lain-lain sebelum meneruskan usaha boikot kerana menyediakan keperluan asasi untuk keluarga adalah tanggungjawab dan kewajipan seorang bapa.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 153

message user image