Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Satu hari saya telah naik ke atas bumbung rumah dan mendapati terdapat najis burung dan tupai. Saya x dapat bersihkan sebab sukar.
Soalan : Adakah air hujan yg turun dari bumbung itu najis atau mutanajis? Terutama ketika hujan semakin reda dan air sedikit.
Bagaimana jika terkena air tersebut sebab tempat air menitik itu adalah laluan keluar rumah terutama semasa ke surau.
Najis tersebut mungkin hilang mengikut masa tetapi tidak diketahui bila atau mungkin diganti dgn najis baru. Tapi saya tak dapat periksa sebab naik ke bumbung tak mudah dan bahaya. Bagaimana status air yg turun dari masa ke semasa?
Terima kasih
Semoga kita mendapat rahmat Allah
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
اليقين لا يزول بالشك
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.
Oleh itu, air yang jatuh dari bumbung itu adalah sesuatu yang dimaafkan oleh syarak dan tidak bernajis.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.