BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya, saya pemilik salun rambut muslimah. Soalan 1 bolehkan saya mengambil gambar selepas rambut pelanggan saya (tidak menunjukkan wajah pelanggan). Soalan 2: Berkenaan isu gambar non-muslim. Saya inginkan kepastian. Benarkah boleh kita menggunakan model rambut non-muslim (menggunakan apa-apa gambar non-muslim di carian google) sebagai iklan promosi di fb (pakaian sopan).


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Tidak boleh mengambil gambar rambut pelanggan walaupun tidak menunjukkan wajah. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap muslim menjaga hak-hak muslim yang lain. Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya bahawa Rasulullah SAW bersabda: أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة Maksudnya : “Bahawa Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat”. (Riwayat al-Bukhari) 2. Berkenaan perkara ini, juga tidak boleh menggunakan mana-mana gambar walaupun non muslim di laman web kerana ia tertakluk kepada hak cipta pemilik gambar tersebut dan perlu mendapat keizinan. Lebih-lebih lagi ia digunakan untuk iklan promosi di laman sosial. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 248

message user image