BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya mendapat pekerjaan dalam satu syarikat pelaburan yang sah disisi undang undang Malaysia namun tidak patuh syariah.

Jawatan yang ditawarkan adalah Customer Service dimana saya akan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan baru dan sedia ada menyelesaikan masalah berkaitan akaun pelaburan pelanggan.

Saya juga digalakkan(tidak wajib) untuk memujuk pelanggan menambah pelaburan berdasarkan data dan analisis dari syarikat. 

 

Soalan saya, apakah hukum saya bekerja di syarikat ini? Adakah gaji yang saya terima halal?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umum kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan atau Customer Service adalah harus. Namun keharusan ini bergantung kepada apakah tugasan atau job description bagi jawatan tersebut, sekiranya tugasannya adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syarak maka hukumnya adalah harus tetapi jika sebaliknya maka kerja tersebut adalah haram dan perlu dijauhi. Dalam situasi yang disebutkan di dalam soalan jika syarikat tempat anda bertugas hanya mengendalikan produk tidak patuh syariah maka adalah dinasihatkan agar berusaha untuk mencari peluang kerja di tempat lain, perkara berdasarkan kaedah fiqh :

ماَ أدَّى إلى الحَرَامِ فَهُوَ حَرَام

Maksudnya: Apa-apa perkara yang membawa kepada haram maka perkara tersebut adalah haram

Kesimpulan daripada kaedah fiqh yang disebutkan di atas, tugasan yang dilaksanakan oleh pegawai khidmat pelanggan dalam memudahkan urusan pelanggan dalam urusan yang tidak patuh syariah merupakan sesuatu yang tidak patuh syariah kerana keterlibatan secara tidak langsung dalam perkara yang telah diharamkan dalam syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 116

message user image