BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya kerja sebagai admin di syarikat 'event'. Syarikat saya bekerja lebih ramai lelaki berbanding perempuan iaitu hanya 2/10 sahaja jumlah perempuan. Terdapat waktu-waktu dimana saya perlu bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan kerja saya. Contoh situasi yang telah saya alami adalah terdapat hari dimana hanya saya dan boss Saya sahaja berada di pejabat tetapi bilik dia hujung dengan pintu bertutup manakala saya juga berada dihujung sebelah lagi dengan ruangan terbuka tetapi masih ada dinding pemisah. Adakah perbuatan tersebut tidak manis dan saya dikira berdosa kerana berdua-duan dengan beliau dalam satu pejabat? Apakah hukumnya utk permasalahan ini? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Islam menggariskan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam sesuatu urusan bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Antara perkara yang perlu diambil berat ialah memastikan pergaulan tersebut aman daripada fitnah sama ada dari sudut pakaian, tempat, urusan yang hendak diselesaikan dan tempoh masa yang pendek.

Berdasarkan soalan puan, kedudukan bilik bos dan kedudukan puan adalah jauh dan tidak menimbulkan apa-apa syak. Namun begitu, jika situasi tersebut berlaku semasa ketiadaan staf lain dan pada waktu yang agak lewat dikhuatiri akan mengundang fitnah kepada orang lain, adalah sebaiknya puan cuba mengelak untuk berada dalam tempoh yang lama dan waktu yang lewat di pejabat ketika ketiadaan staf lain bersama. Ataupun sebaiknya puan memaklumkan kepada bos untuk mengajak staf lain ada bersama jika memerlukan tempoh waktu yang panjang untuk berada di pejabat berikutan terdapat kerja yang perlu diselesaikan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 144

message user image