BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, sy nk bertanya berkenaan hukum najis blh? Sy dulu berkerja di Klinik haiwan. Sy pernah terpijak kencing anjing, tetapi saya tidak sertu kasut tersebut sebab saya gunakan di tempat kerja saja.
Saya akan tukar kasut di tempat letak kereta sebelum balik ke rumah. Pernah sekali semasa saya tukar kasut hujan lebat dan tempat saya tukar kasut tu basah dan air nya agak berkelopak. Kasut yang digunakan di rumah, sy bawa merata tempat. Sekarang ini saya khuatir adakah najis telah merebak ke semua tempat yang saya lalui. Ain najisnya dah tiada tapi tidak disertu. 

Soalan saya

1. Perlu ke saya sertu semua tempat  contohnya koridor rumah dan kereta, ianya sukar dilakukan kerana ramai sudah lalui tempat tersebut. 

2. Dan sekiranya ada benda jatuh ke koridor rumah dalam keadaan basah, pe status benda tersebut. 

3. Sekiranya ada yang memijak koridor rumah dalam keadaan basah, dan bawa ke tempat lain. Dan ada benda jatuh ke tempat yang dipijak 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).

Oleh itu, bagi persoalan yang ditimbulkan, puan tidak perlu melakukan sertu pada masa ini, kerana perkara telah lama berlalu. Tambahan pula puan tidak pasti di bahagian mana yang terkena najis. Bertaubat sahaja kepada Allah SWT atas perlakuan yang telah berlalu tersebut, Allah SWT Maha Pengampun atas segalanya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 158

message user image