BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t selawat dan salam atas junjungan nabi muhammad s.a.w keluarga  serta para sahabatnya,

1.Saya ingin bertanya tentang apa kah hukum membeli produk nestle yang jelas sekian lama mempunyai hubungan dengan israel

2.apakah hukum memboikot produk israel

Saya berharap pihak dari jabatan mufti dapat memberi kata putus dalam pekara ini

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Boikot ekonomi merupakan suatu tindakan menzahirkan bantahan terhadap sesuatu perkara. Boikot digunakan sebagai antara strategi yang ampuh dan dilakukan secara meluas terutama ketika krisis Israel-Palestin yang berlaku sejak beberapa lama. Hukum boikot adalah harus pada asalnya, dan ia boleh berubah menjadi wajib jika yakin bahawa duit tersebut akan digunakan untuk membantu perkara maksiat termasuk membantu pihak musuh dalam memerangi umat Islam. Walau bagaimanapun, dari sudut keabsahan jual beli, pembelian sesuatu produk sama ada produk yang menyokong Israel atau sebaliknya adalah sah di sisi syarak.

Masyarakat perlu menilai kesannya terhadap diri dan keluarga khususnya melibatkan keperluan asasi seperti makan, minum, kesihatan dan lain-lain sebelum meneruskan usaha boikot kerana menyediakan keperluan asasi untuk keluarga adalah tanggungjawab dan kewajipan seorang bapa.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 125

message user image