BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya nak mengajukan kebenaran Hadis ini...Hadis ini diriwayatkan Al Dailami iaitu

"Empat orang yang layak mendapat syafaat aku pada hari kiamat:Orang yang memuliakan Zuriatku,yang melunaskan hajat mereka,yang berusaha melunaskan urusan mereka saat mereka butuh dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lisannya."

 

Saya ingin mengajukan kebenaran sama ada hadis tersebut Sahih,meragukan atau palsu..terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hadis yang dimaksudkan adalah sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib, sabda Rasulullah SAW:

أَرْبَعَةٌ أَنَا لَهُمْ شَفِيعٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْمُكْرِمُ لِذُرِّيَّتِي، وَالْقَاضِي لَهُمْ حَوَائِجَهُمْ، وَالسَّاعِي لَهُمْ فِي أُمُورِهِمْ، ما اضْطَرُّوا إِلَيْهِ، وَالْمُحِبُّ لَهُمْ بِقَلْبِهِ وَلِسَانِهِ

Maksudnya: Empat orang yang layak mendapat syafaat aku pada hari kiamat:Orang yang memuliakan zuriatku,yang melunaskan hajat mereka, yang berusaha melunaskan urusan mereka saat mereka memerlukan dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lisannya.

Hadis ini juga disebut oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Lisan al-Mizan, Imam Muhammad bin Tahir al-Fattani dalam kitabnya Tazkirah al-Maudhu'at, dan disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah. Komentar beliau terhadap hadis ini adalah:

هو موضوع، كما قال في المختصر

Maksudnya: Ia adalah palsu, sepertimana yang disebutkan dalam al-Mukhtasar.

Oleh itu, hadis ini dihukumkan sebagai palsu. Masyarakat dinasihatkan agar merujuk kepada hadis-hadis lain yang bertaraf maqbul sama ada hadis tersebut sahih, hasan atau dhaif yang ringan bagi perkara berkaitan Fadail Amal.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 121

message user image