BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum tuan/puan, saya ada soalan berkaitan ibadah. Adakah najis akan berpindah pada permukaan yang sejuk tetapi kering? Contohnya, jalan tar yang sejuk tetapi kering apabila saya menyentuhnya.Tiada sebarang cecair cuma rasa sejuk sahaja yang melekat di tangan saya. Jadi, adakah najis boleh berpindah dalam situasi sedemikian?  Saya ada melihat anjing lalu lalang di kawasan tersebut. Dan kawasan itu biasa saya lalu di tempat kerja saya. Jadi, saya agak risau jika di kemudian hari, saya akan melalui jalan yang sama. Soalan kedua, saya mempunyai sepupu yang masih kecil dan masih menggunakan pampers, apabila saya mendukungnya, saya rasa sejuk daripada pampers tersebut namun tiada najis yang melekat, mahupun kebocoran pada pampers tersebut. cuma sifat sejuk itu sahaja yang melekat pada tangan saya. Jadi, adakah najis berpindah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Najis ‘aini ialah najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau, warna atau rasa. Cara membersihkannya ialah dengan membuang atau menghilangkan ain najis tersebut kemudian mengalirkan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut (bau, warna dan rasa). Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Akan tetapi sunat untuk dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.

Merujuk kepada persoalan puan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya. Oleh itu, dalam situasi seperti yang dinyatakan, jika sekadar berasa sejuk pada kulit tanpa wujud ain najis maka kulit tersebut tidak bernajis dan tidak berlaku sebarang perpindahan najis dan ianya kekal suci.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 192

message user image