BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada memasuki satu kontes dimana saya adalah pelajar praktikal di satu syarikat. Syarikat saya ada membuat kontes di facebook. Keesokkan harinya staff disitu ingin membuat cabutan bagi mengetahui siapa pemenangnya. Saya sebagai pelajar praktikal disitu membantu staff ni membuat cabutan. Tetapi cabutan di cabut oleh pengarah itu sendiri. Saya teringin nak dapat hadiah tu. Jadi bila cabutan dah dibuat saya dapati bukan nama saya yang naik. Staff tu cakap seorang pemenang ni dah banyak kali menang. Jadi dia suruh saya membuat cabutan lain. Saya pun dengan semangat goncang botol cabutan tu. Lepas tu saya tak sentuh kertas dalam tu. Cuma saya goncang goncang dan mencari nama saya. Saya cari sampai jumpa nama saya, bila saya tanya staff tu boleh tak cabut guna tangan je nama tu. Maksudnya buka satu-satu. Staff tu cakap cabut je. Saya pun mencari nama saya tanpa menyentuh. Bila saya jumpa nama saya dalam botol cabutan. Saya terus ambil. Kiranya saya ni pemenang laa. Jadi boleh tak saya makan hadiah yang saya dapat tu. Sebab lepas staff tu umumkan nama pemenang saya rasa bersalah. Lepas benda ni jadi baru terfikir. Boleh ke saya makan hadiah yang akan saya dapat tu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum asal cabutan adalah harus dan tidak menyalahi syarak sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut: i. Tidak mengandungi unsur judi. ii. Hadiah yang diberi atas dasar rela hati dan redha pengajur itu sendiri. iii. Tiada sebarang unsur yang boleh membawa mudharat dan penganiayaan kepada pelanggan disebabkan hadiah tersebut. iv. Tiada unsur penipuan dan agenda yang tersembunyi. Berdasarkan kepada situasi yang dikemukakan, hadiah tersebut adalah haram kerana terdapat unsur penipuan dan wujud agenda yang tersembunyi. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : من غشنا فليس منا Maksudnya : “Siapa yang menipu bukan dari kalangan kami”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 151

message user image