BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum, ibu saya pernah menempah set pakaian ketika hendak bernikah dengan ayah saya dahulu, dan hanya sempat membayar deposit sahaja. Tetapi pakaian yang diterima ketika adalah berlainan daripada yang ditempah, dan ada yang tidak diterima oleh ibu saya. Soalannya, adakah ibu saya wajib membayar baki untuk set itu, walaupun pakaian lain yang diterima dan ada yang tidak diterima langsung. Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Diperkuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati.

(Riwayat Abu Daud)

Merujuk kepada soalan yang diajukan, pihak ibu bapa tuan boleh membuat pilihan untuk membatalkan tempahan tersebut sekiranya barang yang diterima tidak sama seperti mana yang dijanjikan dan meminta semula wang deposit yang telah dibayar. Namun, pihak ibu bapa tuan boleh membuat pilihan untuk menerima barangan yang diterima walaupun tidak sama sebagaimana yang dijanjikan dengan meminta pengurangan bayaran daripada pihak penjual. Pihak ibu bapa tuan tidak perlu membayar terhadap barangan yang tidak diterima. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 100

message user image