BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya nak bertanya berkenaan rumah .. saya telah membeli rumah selangorku di bandar rimbayu telok panglima garang .. dan sekarang saya sedang menyewa rumah di bandar mahkota banting .. soalan nya boleh ke saya menyewa kan rumah di bandar rimbayu atas sebab masalah kewangan dan jarak jauh dari tempat saya dan isteri bekerja .. sedang kan dalam perjanjian jual beli rumah rimbayu tu tidak boleh dijual/sewa selama 5 tahun .. rumah saya baru beli dalam setahun lebih ..apakah hukum nya .. terima kasih


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 1:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Begitu juga hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati(Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan terma-terma perjanjian, adalah jelas dalam perjanjian antara pihak tuan dan Kerajaan adalah tidak menjual atau menyewakan rumah tersebut dalam tempoh 5 tahun dan sekiranya diketahui oleh pihak Kerajaan pastinya akan ada tindakan undang-undang diambil. Oleh yang demikian, adalah disarankan tuan menangguhkan niat untuk menyewakan mahupun menjual sehingga tempoh larangan 5 tahun itu tamat. Sekiranya tuan meneruskan niat untuk menyewakan rumah tersebut sebelum tempoh tamat, pendapatan yang diperolehi dikhuatiri termasuk dalam perkara syubhah yang dilarang. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 123

message user image