BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum wbt. Ingin bertanya mengenai aurat rambut dengan sahabat yg bukan muslim. Adakah wajib kita bertudung bila bersama kawan perempuan bukan muslim & lagi satu adakah batal wuduk kita bila tersentuh kawan perempuan yang bukan muslim. Semoga soalan saya ini dapat dijawab dengan segera oleh pihak tuan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, aurat wanita Islam apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita non-muslim adalah dengan menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini menurut kitab Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah yang menyatakan bahawa: “Majoriti ulama fiqh mangatakan bahawasanya aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah seperti aurat perempuan pada pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.” Manakala hukum tersentuh wanita non muslim tidak membatalkan wuduk. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 92

message user image