BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalanualaikum.
Selepas mandi waktu maghrib saya perasan ada bau macam hancing pada tuala. Adakah solat saya selepas mandi waktu zohor itu tidak sah disebabkan terkluar kencing semasa lap badan. Macam mana pula dengan semua tempat yang saya sudah pegang semasa solat dan selepas solat sebab saya biasanya tidak lap badan sehingga betul-betul kering dan masih lembap. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Menjawab soalan yang diajukan, berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan bahawa saudara hanya merasakan seakan bau hancing pada tuala dan tidak pasti dengan yakin terdapat najis kencing pada tuala tersebut, maka kaedah fiqh mengatakan bahawa:

لأصل في الأشياء كلها الطهارة

Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah suci. 

 Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).

Adalah disarankan agar saudara lebih prihatin dan mengambil berat memastikan kebersihan serta kesucian tuala sebelum menggunakannya bagi mengelakkan rasa was-was dikemudian hari.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 114

message user image