BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ingin bertanya apakah quantum metal patuh syariah dan apakah hukumnya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umum berdasarkan butiran yang diberikan di dalam laman rasmi Quantum Metal mereka memiliki sijil pengesahan patuh syariah daripada pihak ketiga dan Quantum Metal memiliki penasihat syariah mereka sendiri. Oleh itu, secara asasnya dengan adanya dua badan ini sepatutnya segala urusniaga yang dilakukan oleh pihak Quantum Metal pastinya sudah disemak dan disahkan patuh syariah bagi setiap produk yang didakwa sebagai patuh syariah. Walau bagaimanapun, adalah disarankan kepada pihak tuan untuk mendapatkan sendiri makumat dengan lebih lanjut daripada pihak Bank Negara Malaysia selaku pihak berkuasa berkaitan perkara ini. Tuan juga dinasihatkan untuk mendalami dan memahami dengan jelas setiap produk yang ditawarkan serta risiko yang perlu dihadapi sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image