BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan dengan pemakaian kalung, rantai dan perkara yang seerti dengan perhiasan di leher. Pemakaian kalung dan rantai bagi lelaki adalah haram. Namun sekarang terdapat inovasi dimana jam digital dan earbud (wireless earphone) mula dipakaikan dileher sama ada dalam bentuk kalung getah atau rantai. Apakah hukum jam digital dan earbud (wireless earphone) di pakai di leher bagi lelaki?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan tuan, hukum jam digital dan earbud (wireless earphone) di pakai pada leher bagi lelaki adalah harus. Ini kerana sifat kedua-duanya yang berbeza dan telah menjadi ‘uruf serta kebiasaan yang diterima oleh masyarakat Islam sebagai satu perkara yang dilazimi oleh lelaki dan wanita. Ianya juga tidak dikira sebagai pemakaian kalung, rantai dan perkara yang seerti dengan perhiasan di leher. Apa yang dikategorikan haram adalah rantai leher yang mana pada asasnya termasuk dalam barang perhiasan yang khusus bagi wanita, dan lelaki yang memakainya termasuk dalam larangan menyerupai wanita sebagaimana yang sabit dalam nas yang sahih

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 269

message user image