Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Bismillah Assalamualaikum Tuan, Saya Ingin bertanya. Rumah syiling saya bocor kemudian ketika hujan air mengalir tetapi cuma menitis sahaja Dan saya was-was air tu najis atau tidak sebab risau ada najis cicak atau tikus yg di atas yg tidak dpt dilihat. Saya Cuba utk tidak berfikir ia najis namun terfikir jgk hmm... Saya mengambil pendapat yg air menitis tersebut tidak najis sebab tidak tahu ada najis atau tidak di atas syiling. Saya melihat air tersebut mcm air biasa sahaja, tak nampak ada najis Dan warna biasa. Kawasan menitis tersebut untuk menunaikan solat jadi saya takut air tu rosakkan solat saya. Perlu cium bau atau tidak? Adakah boleh mcm tu Tuan? Terima Kasih Banyak Tuan❤️.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Merujuk kepada persoalan tuan, ingin kami jelaskan bahawa Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
اليقين لا يزول بالشك
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.
Oleh itu, air yang menitis dari syiling rumah itu adalah sesuatu yang dimaafkan oleh syarak dan tidak bernajis serta tidak perlu dicium.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.