BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam 

Saya pernah berselisih pendapat tentang pekerjaan dengan suami. Suami saya tidak membenarkan saya menjadi seorang tukang cuci ( cleaner). Nada suami saya biasa sahaja ketika itu menyatakan begini, "kalau kamu menjadi cleaner, aku ceraikan kamu." Adakah lafaz tersebut dikira taklik. Adakah jatuh talak sekiranya saya menjadi cleaner. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan puan di atas, lafaz tersebut termasuk dalam cerai secara taklikTaklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya perlanggaran terhadap apa yang disyaratkan itu.

Taklik juga bermaksud: menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Kalau kamu jadi cleaner, aku ceraikan kamu.” atau sebagainya. Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik tersebut iaitu isteri menjadi cleaner sebagaimana yang suami maksudkan, maka boleh membawa berlakunya perceraian.

Walau bagaimanapun, memandangkan kuasa mengesahkan lafaz penceraian atau talak adalah bidang kuasa pihak Mahkamah Syariah, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 88

message user image