BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam, Secara umum ibu bapa wajib mendidik anak-anak supaya umum berada di landasan agama. saya baru berkahwin ke-dua dengan duda anak 4. Anak saya sendiri 3 orang. Jumlah anak 7 orang. Dalam perkahwinan kedua ini saya mengalami masalah dalam mendidik anak tiri berumur dari 13-6 tahun. Baru saya sedar cabaran didik anak bukan kita lahirkan. saya sangat stress (suami backup anak sendiri beliau kalau saya tegur anak beliau) sehingga mental saya terjejas dan telah berjumpa sengan pakar psikiatri. Doktor pakar telah mengesahkan kesan pada mental saya dan memberi diagnosis berkaitan kesihatan mental. Soalan saya, apakah hukum saya mendidik anak-anak tiri tersebut kalau saya sudah terjejas mental? saya risau di mahsyar Allah saya akan dipersoalkan amanah saya sehingga saya mohon pisah bersama suami supaya saya tak berdosa dengan suami dan anak2 tiri lagi. Boleh ke saya menyerahkan urusan didikan anak tiri 100% pada suami ? Saya buntu apa patut saya lakukan. mohon bantuan.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Tanggungjawab mendidik anak-anak sememangnya merupakan tugas yang wajib dilaksanakan oleh kedua ibu bapa tidak kiralah ibu bapa kandung atau tiri. Seorang ibu tiri mempunyai peranan dan kewajipan yang sama sebagaimana ibu kandung, antara tugas yang perlu dilaksanakan adalah seperti:

  1. Memberi pendidikan kepada anak
  2. Menjaga, melindungi dan memberikan kasih sayang seorang ibu
  3. Melayani anak dengan lemah lembut dan tidak emosi
  4. Menyayangi anak-anak dengan seikhlas hati

Walau bagaimanapun, peranan ini pasti dapat dilaksanakan dengan baik hasil dari sokongan dan didikan bersama-sama suami. Suami juga perlu berlapang dada dan memberi kepercayaan kepada isteri untuk mendidik anak-anaknya.

Berhubung masalah kesihatan mental yang dinyatakan, ingin dijelaskan bahawa  penyakit mental ditakrifkan sebagai 'kecelaruan akal sehingga menghalang kebolehfungsian perlakuan atau percakapan mengikut cara yang betul'. Selain itu, menurut pandangan sarjana Muslim dalam bidang psikologi, mereka membahagikan masalah kesihatan mental kepada dua kategori iaitu sakit mental yang berpanjangan dan sakit mental sementara yang boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan dan rawatan. Bagi kedua-dua kategori ini, selama mana seseorang itu disahkan mempunyai masalah mental oleh pakar, apa jua perbuatan, perkataan mahupun pengakuan mereka tidak dikira di sisi syarak. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: 

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الصَّغِيرِ حَتَّى يَكْبُرَ وَعَنْ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ أَوْ يُفِيقَ

Maksudnya: Diangkat pena pada tiga golongan iaitu orang yang tidur sehingga terjaga, anak kecil sehingga dia besar dan orang gila sehingga dia berakal atau sedar. (Riwayat al-Nasai)

Justeru, hukum bagi orang yang mempunyai masalah mental adalah terlepas daripada beban tanggungjawab. Maka, tidak berdosa sekiranya tanggungjawab mendidik anak-anak diserahkan kepada seorang suami.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 44

message user image