BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah boleh berselawat menggunakan alat muzik dalam masjid.

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Perbuatan berzikir termasuk berselawat lebih-lebih lagi di dalam masjid merupakan amalan yang baik dan digalakkan bagi mendapat kebaikan dan ganjaran yang berlipat ganda. Adapun berselawat dan berzikir di dalam masjid dengan diiringi mainan alat muzik adalah dilarang. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4 / 2014 telah membincangkan Hukum Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid atau Surau dan telah memutuskan bahawa;

Berzikir menggunakan alat yang diharuskan adalah harus. Bezikir di dalam masjid dan surau dengan iringan muzik adalah dilarang.

Di samping dapat mengawal penggunaan alat muzik yang keterlaluan dalam masjid dan surau, larangan ini juga dapat mencegah gangguan kepada orang lain yang hadir ke masjid dengan tujuan beriktikaf, solat, membaca quran dan sebagainya. Adapun jika ia dibuat di selain masjid dan surau, maka hukumnya harus sekiranya menggunakan alat muzik yang diharuskan menurut Hukum Syarak.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 929

message user image