Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Mahukan hukum seseorang islam yang berkerja di kilang menjual dan membuat servis mesin-mesin membuat label. Kadang kadang syarikat akan mengarahkan untuk pergi ke kilang arak bagi membuat servis atau repair mesin-mesin label botol arak. Dan syarikat pula, tiada orang bukan islam untuk melakukan servis tersebut. Bagaimanakah pandangan hukum dalam masalah ini?
Jawapan
Hukum bagi melakukan kerja tersebut, sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 5 : يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak. Ini seolah-olah bersubahat dengan pihak premis tersebut dan meredhakan apa yang dilakukan oleh premis tersebut. Disarankan supaya pihak tuan berbincang secara baik dengan pihak majikan. Jika tidak berjaya , wajib mencari kerja di tempat lain. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.