Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbr.
Saya ada 2 soalan berkaitan zakat.
1) Saya ada menyimpan di ASB sebanyak RM200,000. Haul nya 31/12 setiap tahun.
Tahun ini saya telah mengeluarkan semua simpanan pada 31/11/2023 dan memasukkannya ke Tabung Haji bermula 21/12/2023.
Soalan saya: Adakah saya kena mengeluarkan zakat simpanan saya untuk haul 2023 ini? Ini kerana haul masih tidak cukup 1 tahun tapi simpanan telah berpindah tempat. Kalau saya tidak silap, Tabung Haji akan mengeluarkan zakat perniagaan untuk tabungan saya itu.
2) Insuran kereta dibayar setahun sekali. Sekiranya kereta dijual, pihak insuran akan memulangkan premium yang dibayar untuk baki bulan yang tinggal.
Pertanyaan saya, a) adakah refund ini dikenakan zakat? Ini kerana ia adalah duit pemilik yang telah dibayar awal untuk premium 1 tahun.
b) Kes kedua, untuk pemilik kereta yang buat loan bank bersama insuran auto life yang dibayar sekali gus sekali sahaja, contohnya RM3,000 (insuran terhadap loan). Insuran ini bermaksud, jika pemilik meninggal dunia, insuran itu akan cover loan tersebut. Sekiranya kereta ini dijual sebelum tamat tempoh loan serta insuran autolife ini dibatalkan, pihak bank akan buat refund berdasarkan baki tahun yang ada.
Pertanyaan saya, adakah refund ini dikenakan zakat? Ini kerana ia adalah duit pemilik yang dibayar awal untuk premium sepanjang tempoh loan tersebut.
Terima kasih
Hamidi Abdul Aziz
0125082880
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
1. Pengiraan haul bagi wang simpanan ASB berjumlah RM200,000 tetap kekal seperti yang sebelumnya iaitu pada 31/12 dan wajib dikeluarkan zakat kerana telah melebihi nisab walau telah dipindahkan ke akaun Tabung Haji.
2. Wang refund daripada insuran/takaful adalah tertakluk kepada zakat sekiranya melebihi nisab apabila digabungkan dengan harta yang lain seperti wang simpanan, pelaburan dan emas.
والله أعلم بالصواب