Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum ustaz.
Saya ingin bertanya mengenai baju,kasut arwah suami
saya tiada anak ,waris yang ada abang arwah dua orang dan kakak seorang (kakak ni dah x kenal orang ...lupa ingatan.....mengenai barangan arwah suami ni baju dan kasut arwah ni sizenya besar... dah tanya dekat dua abang ipar ni mereka x boleh pakai sebab x sama size...boleh x kiranya saya sedekahkan pada orang yang memerlukan
mohon pencerahan dari ustaz
terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Asas di dalam pembahagian harta peninggalan arwah si mati adalah semua barang yang menjadi milik arwah tanpa ada pengecualian. Selagimana terbukti ianya milik arwah maka ianya wajib difaraidkan termasuklah baju, pinggan mangkuk, jam tangan dan lain-lain lagi. Namun, jika seluruh ahli waris setuju untuk melepaskan haknya setelah pembahagian dibuat, maka barangan tersebut boleh diberikan kepada siapa sahaja yang memerlukan. Syaratnya seluruh ahli waris yang berhak ke atas harta peninggalan tersebut setuju melepaskan hak mereka untuk diberikan kepada orang lain.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.