BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Sekarang saya bekerja di sebuah syarikat yang mengedarkan/ menjual anti-virus. Saya ditugaskan untuk mengurus urusan jual beli atau order yang diterima daripada negara Vietnam dan Cambodia. Saya pernah dapat order daripada syarikat yang namanya ada tertulis perkataan CASINO. Apakah hukum saya menguruskan order daripada pelanggan tersebut? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Assalamualaikum,

Pada asasnya syarikat yang menjual atau mengedar perisian anti-virus komputer adalah syarikat yang diharuskan. Begitu juga hukum bekerja di syarikat itu juga adalah harus dan pendapatan yang diperolehi adalah halal. Penglibatan syarikat di dalam berurus niaga dengan syarikat berkaitan dengan perjudian, sekiranya bukan di atas pilihan pekerja, maka pekerja tersebut tidak dipertanggungjawabkan terhadap transaksi yang dilakukan. Tambahan pula perisian anti-virus yang dibekalkan kepada syarikat perjudian tersebut bukanlah merupakan perisian atau sistem asas yang digunakan oleh syarikat perjudian tersebut di dalam melakukan aktiviti perjudian.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 35

message user image