BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya ada terdengar berkaitan dengan pengharaman mengambil air coway yg berada di masjid/surau selain tujuan hanya untuk minum dan minum pula di lokasi air coway itu berada sahaja.Jadi, 

1)Apa hukum isi air coway tersebut utk dijadikan bekalan di dalam botol utk kegunaan lain atau minum di kawasan yg lain?...sebab selama ni banyak kali je buat mcm tu lagi2 kalau balik kampung nak musafir ambik air coway.

 

Mohon pencerahan terima kasih:)


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Pada asasnya diharuskan mengambil air Coway yang diwakafkan di masjid atau di surau selama air itu digunakan sebagaimana tujuan ia diwakafkan iaitu sebagai air minuman. Tiada larangan sama ada air itu diminum di kawasan masjid/ surau atau di bawa keluar, sebagai bekalan untuk bermusafir atau sebagainya, selagi ia digunakan untuk minuman. Adapun penggunaan air itu selain daripada minuman adalah dilarang.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 470

message user image