BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

1. ape hukum kita beli barangan branded dekat bundle tapi kita tak pasti barang tu ori atau tidak. jadi apa hukum kalau beli and dah terbeli.

2. boleh ke kita cetak rompak brand yang kafir harbi buat macam nike,adidas dan lain ii . and ape hukumnye kalau kite beli


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Hukum jual beli barangan tersebut adalah diharuskan selama ia memenuhi semua syarat sah akad berjual beli.

2. Akademi Fiqah Islam (Majma’ al-Fiqh al-Islami) dalam persidangan kali ke-5 yang diadakan di Kuwait pada 1409H telah meluluskan resolusi berikut:

“Hak cipta penulisan, ciptaan, dan rekaan adalah dipelihara dari sudut syarak. Pemilik-pemiliknya berhak untuk mengendalikannya (menjualnya, menyewanya dll). Dan hak-hak tersebut tidak harus dicerobohi”.

Berdasarkan kepada ketetapan ini, harta atau produk yang telah didaftarkan adalah diiktiraf dari segi syarak, maka ia tidak harus dicerobohi melalui aktiviti cetak rompak dan seumpamanya walaupun ia milik bukan Islam. Oleh yang demikian, jual belinya juga adalah dilarang disebabkan berlaku pencerobohan hak milik. Seharusnya usaha menyaingi jenama bukan Islam perlu diperkasakan secara sihat iaitu mewujudkan produk yang sama kualiti dengan bukan Islam bukannya dengan menciplak secara tidak sah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 133

message user image