BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan mengenai talak. Adakah jatuh talak sekiranya ketika pertengkaran isteri ada mintak cerai tapi suami jawab "boleh nak cerai tapi hak penjagaan anak dia nak" dan "kalau betul nak cerai, uruskan semua sendiri". Suami cakap dia takde niat menceraikan langsung. Harap pihak mufti sudi menjawab persoalan saya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Perkataan yang dilafazkan oleh suami puan, adalah lafaz yang menunjukkan maksud "bercadang untuk bercerai atau boleh kalau nak cerai tetapi perlulah isteri uruskan proses perceraian di mahkamah pada masa akan datang”. Maka mana-mana lafaz c erai atau talak yang mengandungi perkataan "nak", "ingin" atau "akan", perkataan itu memberi kefahaman kepada kita bahawa suami pada masa akan datang, bila tuntutan atau syarat yang dia kehendaki tercapai barulah dia akan menceraikan isterinya atau dia akan melaksanakan hasratnya itu untuk bercerai sama ada melibatkan permohonan di mahkamah dan sebagainya. Kesimpulannya, lafaz yang suami puan ucapkan itu tidak menyembabkan penceraian atau jatuh talak.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 137

message user image