Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Adakah jatuh talak jika suami berkata " bila berlaku perselisihan, saya tertanya tanya adakah betul keputusan saya mengahwini awk " ?
Jawapan
Lafaz yang diucapkan oleh suami puan tersebut bukan merupakan lafaz talak atau cerai yang sorih (jelas) dan juga bukan lafaz kinayah (sindiran). Lafaz itu adalah satu penyataan atau inginkan kepastian adakah tindakan yang diambil olehnya sebelum ini tepat atau sebaliknya, mungkin disebabkab stress atau tekanan bila berlaku salah faham atau perselisihan dalam rumantangganya.
Dalam melayari bahtera rumahtangga, pastilah ada sahaja ombak dan badai akan ditempuhi oleh bahtera itu, namun resepi yang paling baik dalam menghadapi badai yang cuba menimpa itu, adalah dengan cara ikutilah panduan terbaik yang ada dalam agama kita, mudah-mudahan dengan cara kita kembali taat kepada Allah SWT, berdoa kepada-Nya serta bermunajat dengan penuh ikhlas, insya Allah ia akan menjadikan kita dapat mencipta semula keharmonian dan kebahagian dalam rumah tangga.