BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, Saya ingin bertanya hukum mengenai situasi berikut; Setiap tahun keluarga saya akan berkongsi duit untuk melalakukan qurban satu bahagian lembu. Seramai 5 orang yang terdiri dari pada anak dan ibubapa berkongsi duit untuk membayar harga satu bahagian korban (lembu). Walaupun 5 orang berkongsi duit namun hanya seorang sahaja yang akan niat untuk melakukan ibadah korban dengan persetujuan semua orang yang telah menyumbang duit untuk 1 bahagian daging korban tersebut. Adakah hal ini dibenarkan dan apakah hukumnya dalam mengerjakan ibadah korban ini. Kerana setiap tahun kami akan kumpulkan duit untuk melakukan korban 1 bahagian lembu. Nilai wang yang disumbangkan bergantung kepada kehendak setiap orang yg menyumbang. Mohon ustaz/ ustazah/ orang yang arif mengenai hukum hakam untuk memberi penjelasan mengenai isu ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, ahli keluarga boleh berkongsi untuk diberikan kepada seorang anggotanya sehingga mampu untuk melaksanakan ibadah korban. Tetapi harta yang diberikan itu menjadi sedekah kepada orang berkenaan. Maka dengan sedekah berkenaan, orang itu masukkan nama bagi 1 bahagian lembu korban. Ahli keluarga yang memberikan sedekah itu juga mendapat pahala sedekah. Manakala ahli keluarga yang dinamakan dalam bahagian korban, mendapat pahala korban. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 76

message user image