BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

  1. Apakah hukum melakukan umrah dengan berkerusi roda walaupun mampu untuk berjalan? mohon sedikit pencerahan yang terperinci


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Melaksanakan tawaf dan sai'e (Ibadah Umrah) dengan berjalan kaki adalah lebih afdhal berbanding dengan berkerusi roda bagi mereka yang mampu berjalan. Namun sekiranya memilih untuk berkerusi roda maka umrah tetap sah. Ibnu Abbas RA menyatakan bahawa;

طَافَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ في حَجَّةِ الوَدَاعِ علَى بَعِيرٍ، يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بمِحْجَنٍ

Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf ketika haji perpisahan dengan menaiki unta sambil mengisyaratkan kearah penjuru hajar al aswad dengan tongkat baginda (lalu mengucup tongkat tersebut).  

(Riwayat al-Bukhari)

Di dalam kitab Majmu' Syarah Muhazzab karangan Imam al-Nawawi;

الْأَفْضَلُ أَنْ يَطُوفَ مَاشِيًا وَلَا يَرْكَبَ إلَّا لِعُذْرِ مَرَضٍ أَوْ نَحْوِهِ أَوْ كَانَ مِمَّنْ يَحْتَاجُ النَّاسُ إلَى ظُهُورِهِ لِيُسْتَفْتَى وَيُقْتَدَى بِفِعْلِهِ فَإِنْ طَافَ رَاكِبًا بِلَا عُذْرٍ جَازَ بِلَا كَرَاهَةٍ لَكِنَّهُ خَالَفَ الْأَوْلَى  

Maksudnya: Afdhal tawaf secara berjalan kecuali ketika uzur kerana sakit atau seumpamanya atau perlu dilihat oleh orang ramai untuk memberi fatwa berkaitan (manasik) dan perlu diikuti oleh orang ramai. Maka jika tawaf tanpa uzur hukumnya harus dan tidak makruh cuma dia telah meninggalkan yang afdhal (khilaf Aula).

Justeru bagi mereka yang berkemampuan untuk berjalan lebih afdhal tawaf dan sai'e secara berjalan kerana ia merupakan amalan Nabi SAW di kebanyakan keadaan. Adapun bagi mereka yang ada keuzuran maka diboleh mengggunakan kenderaan yang sesuai seperti kerusi roda dengan penuh adab dan tidak menyakiti orang lain.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 99

message user image