BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya perihal puasa nazar.

Saya pernah bernazar untuk berpuasa selama satu hari jika subjek tersebut lulus. Dalam konteks ini, tiada tarikh atau hari yang spesifik yang saya nyatakan. Alhamdulillah subjek tu pun telah lulus. Akan tetapi saya belum berpuasa nazar sehingga datang tahun berikutnya. Adakah saya akan dikenakan denda/kafarrah kerana saya tidak menyelesaikannya dengan kadar segera?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Nazar itu merupakan sumpah dan janji atas nama Allah SWT yang wajib ditunaikan apabila hajatnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Haj ayat 29:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.

Seandainya nazar itu bersifat terbuka dan tidak ditentukan masa atau tempoh perlaksanaanya, sebagaimana persoalan yang dinyatakan, maka ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak dikenakan kaffarah walaupun telah berubah tahun yang baharu. Walau bagaimanapun, adalah disarankan untuk menyempurnakan nazar dengan segera dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini dan nazar itu tidak dapat disempurnakan. 

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 91

message user image