BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

As-slm Mufti, saya menjalani operation buang rahim dan ovari pada 1 jan.Darah masih keluar dari faraj sehingga hari ni 11 jan.Soalan saya.Sekiranya darah masih berlarutan keluar sehingga melebihi 15 hari 15 malam. Adakah darah yang keluar itu darah istihadah? Bolehkah saya solat pada hari ke 16? Atau saya kena tunggu darah berhenti baru boleh solat? Mohon penjelasan kaedah solat untuk pemasalahan saya ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan situasi yang dinyatakan, pendarahan puan berlaku adalah disebabkan pembedahan membuang rahim dan ovari. Bagi wanita yang telah dibuang rahimnya, mereka tidak akan didatangi haid. Justeru darah yang keluar adalah darah istihadah. Bagi wanita yang mengalami istihadah, tidak perlu untuk mandi wajib setiap kali darah istihadah keluar, kerana darah istihadah bukanlah darah haid. Ia adalah darah penyakit. Puan hendaklah membersihkan di kawasan kemaluan dan meletakkan pelapik seperti tuala wanita bagi menghalang darah daripada keluar sebelum berwuduk bagi menunaikan setiap kali solat fardu selepas masuk wakdu solat. Wanita yang beristihadah boleh solat dan puasa seperti biasa, satu wuduk untuk satu solat fardu, adapun solat sunat boleh berbilang-bilang.   

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image