BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang bayaran zakat emas yang disimpan. 

Saya telah membeli emas pada suatu ketika dahulu dan terlupa tarikh pembeliannya. Jadi saya telah membayar zakat dengan mengambil kira saya membeli emas tersebut pada bulan 5 dan ambil nilai tertinggi pada bulan tersebut. Baru-baru ini saya telah mendapat tarikh sebenar pembelian emas tersebut dan dilihat pembelian tersebut adalah pada bulan 3. Jadi bagaimanakah pengiraannya ustaz/ustazah? Apakah yang boleh saya lakukan bagi menyempurnakan zakat emas saya?  

Terima kasih di atas perhatian. 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Dalam Islam, emas merupakan salah satu harta yang wajib dikeluarkan zakat atas pemilikannya sekiranya mencukupi syarat wajib seperti cukup nisab dan haul.  Al-Quran menjelaskan kewajiban membayar zakat emas, sepertimana firman Allah SWT  di dalam surah alt-Taubah; ayat 34: 

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Maksudnya: Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, apa yang saudara boleh lakukan adalah menjadikan bulan 3 tahun semasa (iaitu tahun di mana saudara telah mengeluarkan zakat) sebagai permulaan pengiraan dan bulan 3 tahun berikutnya sebagai tempoh genap setahun atau haul bagi pengiraan zakat. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image