BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Apakah hukum perempuan marhaban di dalam surau..Program selepas waktu solat Isya..

Apakah hukum kumpulan marhaban perempuan dijemput dalam majlis keraian seperti majlis kahwin,cukur jambul, program hari kebesaran islam dan seumpanya..


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Hukum wanita bermarhaban di surau adalah harus selagi mana mereka menjaga adab dan tidak dihadiri oleh kaum lelaki. Marhaban dengan menyebut nama serta kisah hidup Baginda Nabi SAW adalah sebahagian daripada perkara yang dapat memupuk cinta dan kasih kepadanya yang merupakan tuntutan di dalam agama untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman.  

2. Harus bagi kumpulan marhaban perempuan hadir ke majlis kahwin, cukur dan lain-lain dengan syarat tiada percampuran dengan kaum lelaki. 

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 107

message user image