Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
PERTANYAAN BERKAITAN KAEDAH RAWATAN DARI PUSAT RAWATAN JARAK JAUH TABIB ADAM MELAKA
Assalamualaikum wbt
Untuk makluman, ramai dalam kalangan saudara terdekat saya sering mengambil rawatan di Pusat Rawatan Tabib Adam Melaka. Namun setelah saya lihat cara rawatannya, dilihat ia tidak menggunakan ayat al-Quran dan cara rawatannya menimbulkan keraguan.
Tabib Adam ini rajin membuat rakaman rawatan di live tiktok serta mempunyai channel youtube sendiri dan pesakitnya ramai dari semua negeri. Mengapa tiada arahan penutupan atau adakah Jabatan Mufti akan memfatwakan pengharaman?
Seandainya Tabib Adam ini terus berleluasa, akidah umat Islam akan lebih ramai terpesong.
Jazakallahu kheir
Jawapan