Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apa hukum sujud sahwi? Kalau tak buat takpe ke? Keadaan yang macam mana untuk kita melakukan sujud sahwi?
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Disunatkan untuk sujud sahwi adalah sujud sebanyak dua kali selepas selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam dengan dengan bacaan سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو yang bermaksud Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai.
Hukum sujud sahwi adalah sunat bagi mereka yang menghadapi situasi berikut:
-
Ragu-ragu terdapat kekurangan atau penambahan dalam rukun solat.
-
Meninggalkan sunat yang dituntut (sunat ab'adh) dalam solat.
Mٍakruh meninggalkan sujud sahwi dengan sengaja kerana meninggalkan perkara sunat. Adapun sekiranya meninggalkannya dengan sebab terlupa maka tidak makruh. Meninggalkan sujud sahwi tidak menjejaskan solat kerana ia merupakan perkara sunat.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 88