BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt, saya ada masalah penyakit was-was yang teruk. Selepas mandi wajib sebelum solat subuh. Pada waktu tengahari tiba-tiba muncul rasa ragu-ragu adakah saya sudah ratakan air ke kawasan belakang badan ataupun tidak semasa mandi wajib pagi tadi. Adakah saya perlu ulang mandi wajib saya? Mohon penjelasan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Rukun mandi wajib ada tiga perkara:

  1. Niat mengangkat hadas

  2. Menghilangkan najis sekiranya ada pada badan

  3. Meratakan air ke seluruh badan

Merujuk kepada persoalan tuan, jika dalam keadaan tuan yakin bahawa telah melaksanakan mandi wajib, namun kemudiannya tuan syak atau was-was bahawa terdapat bahagian yang tidak diratakan dengan air, maka hukum mandi wajibnya masih kekal sah. Ia berdasarkan kaedah fiqh berikut:

اليَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّك

Maksudnya: Keyakinan tidak akan terangkat dengan sebab syak.

Kita juga dinasihatkan untuk banyak beristighfar kepada Allah dan sentiasa berdoa semoga terhindar daripada penyakit was-was.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 92

message user image