BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya tentang kejadian yang berlaku kepada saya. Saya kerap alami hati berkata kata walaupun saya cuba untuk elakkan. Sehinggakan dalam semua perkara termasuk ketika solat. Dah dua tahun saya alaminya. Semuanya berpunca dari was was saya terhadap satu lafaz talak yang telah disahkan tidak berlaku oleh pejabat agama. Selepas itu hati saya kerap diganggu. Saya dah berubat dan buat amalan amalan yang ustaz ustaz suruh. Tetapi ia masih datang lagi. Sekarang ni saya terlalu fobia dengan talak secara perbuatan. Contohnya saya takut apabila melambai isteri ketika dia pergi kerja (seolah olah sebagai isyarat talak). Di dalam solat pun berlaku di mana apa bila naik rakaat ketiga dalam hati akan bercakap talak tiga. Saya takut benda benda ni. Apa pendapat ustaz? Berlaku talakkah dengan perkara tersebut dan apa perlu saya buat untuk melawan penyakit saya ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz talak merupakan lafaz yang dibuat oleh suami. Jika hanya berdasarkan fikiran atau terlintas tanpa lafaz dari suami maka talak tersebut tidak berlaku. Banyakanlah beristighfar kepada Allah dan sentiasa berdoa agar terhindar dari penyakit was-was. Walaubagaimanapun pihak saudari boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 127

message user image