BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Asalamualaikum,

Saya ingin bertanya berkaitan meracun rumput di rumah jiran. Soalan nya, jika kawasan rumah jiran saya punyai rumpu yg panjang2 dan agak semak, boleh kah jika saya meletak racun rumput2 tersebut? Saya tidak rapat dengan jiran saya itu tapi saya nak elak kan kawasan itu menjadi bertambah semak samun. 

Apakah hukum nya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hasrat tuan untuk meracun rumput yang panjang dan agak semak di rumah jiran adalah tidak harus, kecuali setelah mendapat persetujuan atau keizinan daripada jiran tersebut. Tuan boleh usulkan perkara ini kepada jiran dengan cara yang berhemah supaya kawasan kejiranan tuan bersih dan kemas. Di samping dapat menjaga persekitaran rumah agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi atau risiko kehadiran haiwan berbisa atau seumpamanya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 211

message user image