Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...saya ingin bertanya kan tentang boleh kah sekiranya saya membayar menggunakan diveden Asb untuk membuat gigi palsu..dan apakah hukum melabur Asb..
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Sebagaimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Neger Selangor Kali Ke-3/2017 yang bersidang pada 27 April 2017 menyatakan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah HARUS. Sehubungan dengan itu, apa-apa hasil dan keuntungan daripada pelaburan ASNB adalah harus digunakan untuk manfaat kita.
Oleh itu, segala urus niaga yang berkaitan sumbernya daripada ASB juga adalah harus termasuk digunakan untuk membuat gigi palsu sebagaimana yang ditanya.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 97