BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalammualaikum ustaz saya ada soalan

1-saya ada tuala yang hanya di gunakan utk lap ketika selesai kencing atau buang air besar...cume terkadang bila sy cium tuala sy ada bau air kencing...soalan say jika tuala kita terkena najis air kencing sedikit dan memang ada bau sedikit dan kita memakai utk megelap badan kita...dan najis itu berpindah ke badan kita sebab basah...setelah selesai lap badan kita...kalau kita sentuh barang dalam rumah kita seperti phone atau apa sahaja dalam keadaan tangan kita lembab atau kering najis itu berpindah ketempat lain...sebagai contoh...selasai lap badan kemudian saya pakai seluar dan terus pegang tombol pintu dan pegang phone atau sentuh anak saya adakah najis itu berpindah...dan bagai mana nak basuh jika najis itu berpindah...perlu ke sy basuh phone sy...saya jadi was was sb sy ada penyakit was was yg teruk jagk...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tuala yang DIYAKINI terkena air kencing sahaja dengan kesan bau, rasa atau warnanya (mutanajjis), apabila digunakan untuk mengelap badan dalam keadaan basah atau lembab, akan memindahkan najis kepada badan orang yang menggunakannya. Tuala dan badan wajib dicuci semula bagi membersihkannya. Adapun peralatan lain yang disentuh dalam keadaan kering dan tidak terdapat kesan najis padanya maka ia dihukum sebagai bersih. Sekiranya hanya dengan perasaan was-was menyatakan tuala terkena najis tanpa kesan, maka ia dikira suci. 

Kaedah fiqh ada mengatakan:

اليقين لا يزول بالشك 

Bermaksud: keyakinan tidak dapat dihapuskan dengan syak.

Ini adalah kerana pada asalnya kita berkeyakinan bahawa tuala itu adalah suci. Syak, andaian atau was-was tidak menjadikan tuala itu bernajis.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 314

message user image