BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,disini saya ingin bertanyakan satu masalah dimana saya dan bekas isteri saya telah berpisah hampir selama 10 tahun yang lepas.ada seorang anak berusia 9 tahun.Setahun lebih yang lepas,bekas isteri saya telah melahirkan anak tidak sah taraf hasil hubungannya dengan seorang lelaki Kelantan dan tidak berkahwin.Setelah itu bekas isteri saya tiada sumber pendapatan yang tetap kerana menjaga anak itu.

soalan saya yang pertama: Apakah menjadi satu kesalahan bila mana saya merasa terpanggil untuk menyara anak itu sedangkan lelaki yang telah menyebabkan kehamilan itu lepas tangan begitu sahaja?

soalan kedua: Apakah saya berhak untuk mengambil anak itu jika ibu nya ada masalah dalam menguruskan diri sendiri dalam soal keewangan walaupun pada dasarnya dia mempunyai abang2 kandungnya setelah kematian kedua ibubapanya,tapi abang2 kandungnya  tidak selalu membantu dia dan dalam masa yang sama kadang2 memeningkan diri saya sebab bekas isteri saya selalu meminta saya menolongnya bukan2 terutama dari segi keewangan.Niat saya pada asalnya hanya menyara anak yang dia miliki itu..

Dari itu saya inginkan maklum balas dari pihak tuan tentang pekara ini.Adakah saya ada cara untuk mengambil anak itu sebagai anak angkat?

sekian persoalan dari saya.Diharap jawapan dari pihak tuan dapat membantu memberikan pejelasan.

sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Kewajipan memberi nafkah kepada anak tak sah taraf adalah terletak di atas tanggungjawab ibu yang melahirkannya serta waris sebelah ibu dan bukan kepada lelaki yang menyebabkan kehamilan itu. Kewajipan ke atas ibu untuk memberi nafkah bagi anak yang ketiadaan bapa adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 233:

لا تضارّ والدة بولدها

Maksudnya: Janganlah menjadikan seseorang ibu menderita kerana anaknya.

Berdasarkan ayat ini para ulama mengatakan pada asal atau secara asasnya bapa berkewajipan menanggung nafkah kepada tanggungannya, namun ketika berlaku pemutusan nasab atau ketiadaan bapa, maka kewajipan tanggungan nafkah adalah kepada ibunya.

Tidak menjadi kesalahan kepada pihak tuan untuk menanggung atau menafkahi kanak-kanak tersebut, dan ia dikira sebagai pahala sedekah, serta sangat dituntut dalam Islam kerana membantu saudara seIslam yang berada dalam kesusahan. Apatah lagi ibu kepada anak tersebut ada masalah dalam menguruskan diri sendiri dan menguruskan soal kewangan.

Hasrat tuan untuk mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat juga adalah suatu tindakan yang baik, namun ia hendaklah dilaksanakan dengan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 100

message user image